Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

4 Vitamin Untuk Atasi Masalah Sakit Saraf Dengan Berkesan

TONTON VIDEO UNTUK PENERANGAN VITAMIN UNTUK SARAF Sistem saraf sangat penting kerana ia berfungsi untuk menghantar isyarat dalam badan dan membantu menerima rangsangan, memahami dan memberi maklum balas kepada sekeliling.  Sistem saraf pusat merangkumi otak, tulang belakang dan sistem saraf periferal yang terdiri daripada sel-sel dan gentian saraf atau neuron.  Ia saling bekerjasama untuk menyelaras tindakan boleh dikawal seperti berjalan dan luar kawalan seperti bernafas.                                     PUNCA-PUNCA SAKIT SARAF Walaupun bukan senarai yang lengkap dan menyeluruh, berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab sakit saraf dan kerosakan saraf: Penyakit autoimun Kanser Mampatan / trauma Diabetes Kesan sampingan dadah dan bahan toksik Penyakit neuron motor Kekurangan nutrisi Penyakit berjangkit 4 VITAMIN MENYOKONG SISTEM SARAF 1) B Complex Gabungan beberapa vitamin B membantu untuk Meningkatkan sistem saraf ke tahap yang lebih optimum.  Vitamin ini juga popular dalam memb