Menurut laporan Hmetro pada 2020, kadar ibu bersalin secara pembedahan di seluruh negara adalah pada tahap 30 peratus di setiap hospital. Pembedahan elektif adalah lebih teratur untuk sebarang kemungkinan, namun ada situasi ibu perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera (emergency caesar). Teringat pengalaman masa bersalin anak pertama dulu, saya dah tandatangan untuk emergency caesar. Fetal distressed. Tetapi bilik bedah masa tu penuh. Dengan contraction dah 2 in 10 yang sangat kuat tak cukup nafas dibuatnya dan perlu pula menunggu untuk masuk OT. Namun, dengan izin Allah masa tu Dr Pakar sendiri assist saya bersalin normal tapi dengan episiotomy dan vacuum pada 7cm waktu tu. Tak jadi czer. PENGALAMAN SENDIRI BERSALIN CZER Bersalin anak ke-2 saya dapat pengalaman bersalin czer ni. Emergency selepas 8 jam berada di Labour Room progress hanya setakat 5cm. Nak masuk OT tu baru lah saya rasa contraction yang kuat. Risiko-risiko bersalin czer secara emergency ni sudah diterangkan. Pen