Menurut laporan Hmetro pada 2020, kadar ibu bersalin secara pembedahan di seluruh negara adalah pada tahap 30 peratus di setiap hospital.
Pembedahan elektif adalah lebih teratur untuk sebarang kemungkinan, namun ada situasi ibu perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera (emergency caesar).
Teringat pengalaman masa bersalin anak pertama dulu, saya dah tandatangan untuk emergency caesar. Fetal distressed. Tetapi bilik bedah masa tu penuh. Dengan contraction dah 2 in 10 yang sangat kuat tak cukup nafas dibuatnya dan perlu pula menunggu untuk masuk OT. Namun, dengan izin Allah masa tu Dr Pakar sendiri assist saya bersalin normal tapi dengan episiotomy dan vacuum pada 7cm waktu tu. Tak jadi czer.
PENGALAMAN SENDIRI BERSALIN CZER
Bersalin anak ke-2 saya dapat pengalaman bersalin czer ni. Emergency selepas 8 jam berada di Labour Room progress hanya setakat 5cm. Nak masuk OT tu baru lah saya rasa contraction yang kuat.
Risiko-risiko bersalin czer secara emergency ni sudah diterangkan. Pengalaman saya selepas selesai je operation, masa nurse sorong keluar tu, berpinar mata. Siling tu berpusing-pusing. Terus saya termuntah dekat nurse. Allahuakbar kesian nurse tu.
Side effect dari ubat bius ada saya dapat. Gatal-gatal dari paras pinggang ke bawah. Jenuh juga menggaru. Sampai melecet juga sebab kulit sensitif.
LUKA BERNANAH DAN BERLUBANG
Disebabkan saya lasak dan penjagaan yang kurang rapi menyebabkan bernanah keluar dari lubang kecil di bahagian tengah luka czer.
Nurse ajar tekan saja slow slow nanah tu keluar dan make sure lepas ni bagi air kering betul2 lepas mandi. Sebenarnya waktu tu cuaca panas sangat. Boleh berpeluh. Masa ni pakai baju lengan pendek saja. Biar pengudaraan yang lebih baik dan tak berpeluh.
Waktu ini saya belum kenal produk Shaklee. tak tahu pula Shaklee ada produk untuk luka czer. Jadi, saya kongsikan dengan anda ini supaya lepas ni anda tahu dah produk terbaik nak bagi luka czer cepat baik ye.
SET LUKA CZER SHAKLEE
Yang terbaik adalah mengamalkan Set Berpantang Shaklee + Vivix. Perbezaan ketara customer saya ada yang ambil full set ni. Mak customer ni yang orderkan, Sebab nanti anak kena pantang sendiri. Beliau hanya jaga sekejap sahaja.
Terkejut mak cik ni sebab anaknya lasak dan luka pun cepat baik. Jom saya kongsikan manfaat setiap produk ini.
Dibawah ini adalah vitamin-vitamin yang membantu ibu-ibu selepas bersalin ni berpantang dengan sihat dan bertenaga. Juga sangat bagus bagi mereka yang bersalin czer.
Comments
Post a Comment